كل الشيء تحتاج الى الوقت
Alhamdulillah

alhamdulillah…syukurku padaNYA kerana telah memberikan apa yang aku perlukan…sungguh ALLAH lebih mengetahui dan mengerti akan hamba-hambaNYA, dan memberikan apa yang hambaNYA pohonkan padaNYA…& sungguh janjiNYA itu benar..

 “قال تعالى :”فإن  مع العسر يسرا، إن مع العسر يسرا

Maksudnya : maka sesungguhnya setelah kesusahan itu ada kesenangan, sesungguhnya setelah kesusahan itu ada kesenangan.

ayatnya diulang-ulang supaya kita tidak berputus asa dan yakin dengan apa yang telah IA janjikan…kita cuma memohon padaNYA dengan penuh sabar dan sentiasa mendirikan solat..

“قال تعالى :”استعينوا بالصبر والصلوة

Maksudnya : kamu mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.

jika inilah apa yang kamu amalkan, percayalah ALLAH tidak akan mensia-siakannya. tapi kenalah ikut niat sepertimana sabda nabi ”إنما الأعمال بالنيات” , sesungguhnya setiap amalan itu mengikut apa yang diniatkan. so, niat kenalah betul ;)